Pembangunan Kit Amali Geseran Dalam Paip Bagi Kursus Mekanik Bendalir di Politeknik

Penulis

  • Siti Salwa Samsuri Lecturer
  • Nor Ruzanna Abd Rahman Lecturer
  • Siti Rohanah Murad Lecturer

DOI:

https://doi.org/10.55600/jipa.v13i1.261

Kata Kunci:

Kursus Mekanik Bendalir, Bahan Bantu Mengajar, Kit Amali

Abstrak

Mekanik Bendalir merupakan kursus teras dalam struktur kurikulum Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik. Komponen utama kursus ini terdiri daripada teori dan amali yang berkaitan topik dalam Mekanik Bendalir. Peralatan amali yang digunakan perlu lengkap dan menepati kehendak silibus. Objektif utama kajian ini adalah membangunkan kit amali geseran paip bagi kursus Mekanik Bendalir dan membuat analisa bagi mendapatkan nilai pekali geseran daripada kit yang dibangunkan. Beberapa parameter yang dikaji bagi mendapatkan nilai kehilangan tenaga iaitu perubahan diameter paip, halaju aliran dan panjang paip. Hasil dapatan yang diperoleh, faktor utama yang mempengaruhi nilai pekali geseran adalah halaju aliran bendalir dalam paip. Kesimpulannya, kit yang dibangunkan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi amali dalam kursus Mekanik Bendalir.

Unduhan

Data unduhan belum tersedia.

Diterbitkan

30-06-2024