Design of an Extrudate Filament Machine for Recycling Waste Polyethylene Terephthalate Plastics into 3D Printing Filament
DOI:
https://doi.org/10.55600/jipa.v13i1.229Kata Kunci:
Mesin penyemperitan filamen, Polyethylene Terephthalate, percetakan 3D, Kitar semula plastik, Pembuatan mampanAbstrak
Kertas penyelidikan ini membentangkan mengenai rekabentuk mesin penyemperitan filamen yang disesuaikan untuk mengitar semula plastik Polyethylene Terephthalate (PET) menjadi filamen yang sesuai digunakan untuk percetakan 3D. Peningkatan pembuangan sisa plastik, terutamanya PET, menimbulkan cabaran alam sekitar yang ketara. Mengitar semula PET menjadi filamen yang boleh digunakan untuk pencetak 3D bukan sahaja menangani masalah alam sekitar tetapi juga menggalakkan amalan pembuatan mampan. Proses reka bentuk merangkumi analisis keperluan, mempertimbangkan faktor-faktor seperti kebolehubahan bahan input, konsistensi diameter filamen, dan daya pemprosesan pengeluaran. Melalui fasa rekabentuk konseptual dan terperinci, mesin ini dioptimumkan untuk menghiris, mencairkan, membentuk, menyejukkan, dan menggulung bahan PET kitar semula ke dalam gegelung filamen secara seragam. Pemilihan bahan disusun dengan teliti untuk memastikan ketahanan, kestabilan haba, dan keserasian dengan proses kitar semula PET. Mesin ini mengintegrasikan pelbagai komponen seperti mesin penghiris, extruders, sistem penyejukan, dan mekanisme penggulungan filamen untuk memproses plastik PET sisa dengan cekap. Selain itu, kertas kerja ini meneroka kemungkinan ekonomi dan faedah alam sekitar dalam melaksanakan sistem untuk inisiatif kitar semula plastik tempatan.
Unduhan
Unduhan
Diterbitkan
Terbitan
Bagian
Lisensi
Hak Cipta (c) 2024 PUTRI IRDA AB RAHMAN, Mai Noor Asiah Tan Zalilah, Azlan Shah Katiman
Artikel ini berlisensiCreative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.