Faktor yang Mempengaruhi Niat Pembelian Terhadap Produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Dikalangan Pelanggan di Jitra, Kedah

Authors

  • Siti Hasmiza binti Hassan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • Balkhais binti Jamaluddin Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
  • Siti Khairul Bariah binti Mohamod Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Keywords:

Pembungkusan, Harga, Kesedaran Jenama, Pengaruh, Niat Pembelian

Abstract

Isu pembungkusan, harga dan jenama dalam kalangan para pengusaha produk merupakan isu yang lama diperbincangkan dalam kalangan para pengkaji bidang pemasaran dan perniagaan. Dari sudut pembungkusan umpamanya, pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dilihat kurang memberi perhatian kepada daya tarikan visual, penjenamaan dan kualiti bahan dalam pembungkusan yang mana akan berkaitrapat pula dengan harga produk yang mereka jual di pasaran. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan pengaruh pembungkusan, harga dan kesedaran jenama bagi produk pengeluar Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terhadap niat membeli pelanggan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian yang akan diedarkan secara rawak kepada seramai 211 orang responden yang terdiri daripada orang awam di sekitar bandar Jitra dan juga pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) memandangkan POLIMAS sendiri berada di dalam kawasan bandar Jitra. Akhir sekali, hasil daripada analisa kajian menunjukkan terdapat kesan positif dan langsung dalam hubungan kesedaran jenama, harga, pembungkusan, dan niat membeli. Kesedaran terhadap jenama memang meningkatkan niat membeli. Niat membeli lebih cenderung menerima maklum balas positif daripada pelanggan jika dapat memenuhi standard kualiti tertinggi. Ini menunjukkan bahawa pentingnya pembungkusan, harga, dan kesedaran jenama terhadap produk IKS dalam merangsang niat membeli dalam kalangan pelanggan.

Downloads

Published

30-09-2024